Tuesday, June 15, 2010

Nota Kuliah

Monday, June 14, 2010

Bagaimana Membangunkan Installasi Komputer Sendiri

cuba sendiri di rumah


BAHASA PENGATUCARAAN


Satu bahasa buatan dan bahasa formal yang mempunyai istilah terhad, terdiri daripada satu set kata kunci untuk membentuk arahan dan mempunyai satu set peraturan tatabahasa. Terdapat 2 jenis bahasa pengatucaraan iaitu Bahasa Pengatucaraan Khas (Special-purpose programming language) dan Bahasa Pengatucaraan Am (General purpose programming language).  Bahasa pengatucaraan khas direka khas untuk penggunaan tertentu, misalnya SQL (Structured Query Language) di reka khas untuk  pengkalan data. Bagi bahasa pengatucaraan am, digunakan untuk mendapatkan penyelesaian bagi berbagai masalah seharian.

Bahasa pengatucaraan Am boleh di bahagikan  kepada 3 kelas.

1.    Bahasa Mesin
2.    Bahasa Penghimpun
3.    Bahasa Peringkat Tinggi.

PERKAKASAN KOMPUTER



Komponen Asas


1.    Input : digunakan untuk menghubung sistem komputer seperti memberi arahan, mendapatkan maklumat, memasukkan data
2.    Output : Menghasilkan maklumat dalam bentuk yang difahami oleh pengguna dan memaparkan maklumat seperti dalam bentuk skrin
3.    Pemproses (CPU): Ialah litar eletronik yang menggunakan satu siri arahan untuk melaksanakan operasi aritematik, membuat keputusan, menghasilkan output dan menerima data.
4.    Ingatan Utama : Tempat untuk menyimpan atur cara/data secara sementara (RAM)
5.    Ingatan Bantu : Tempat untuk menyimpan atur cara/ data secara kekal(disket, cakra padat, dll).

KONSEP ASAS KOMPUTER

Secara teknikal komputer sebagai alat pengiraan. Tetapi komputer berbeza dengan alat lain kerana ia boleh diaturcarakan. Maksud aturcara adalah satu set arahan logik yang tersusun untuk mengarahkan komputer melaksanakan sasuatu tugas. Oleh itu, Komputer bolehlah dimaksudkan sebagai satu alat eletronik yang mendapat menerima satu set aturcara yang dibina untuk melaksanakan sesuatu tugas. Ia dapat menerima dan menyimpan data dan memproses data yang disimpan mengkut arahan tertentu dan seterusnya menghasikan output kepada pengguna.



JAVA Program Picture

Gambaran Awal Pengaturcaraan Java


g